
Al-quran itu….sesungguhnya ia kenal akan siapa sang perindunya…
Al-quran itu….sesungguhnya ia kenal akan siapa yang bersengkang mata dan bermujahadah dalam membacanya….
Al-quran itu….sesungguhnya ia kenal akan siapa yang menghayatinya…mengamalkan segala ahkamnya…juga ia kenal akan siapa yang memperjuangkan segala perintah…segala seruan…serta segala petunjuk yang ada di dalamnya……
Maka dengan itu………………….
Berbahagialah wahai jilul quran!!
Sesungguhnya pada zaman manapun dirimu berada….cukuplah engkau faham akan erti menjaganya dan mengamalkannya…
Semoga dirimu memperoleh kemanisan bersamanya……
Hazrat Uthman Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W. bersabda,``yang terbaik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya’’.(hadith riwayat Bukhari,Abu Daud,Tirmizi,Nasai dan Ibnu Majah)
Hazrat Abdullah bin Amr Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W. bersabda,``(pada hari pengadilan kelak)akan dikatakan kepada orang Al-Quran,`bacalah Al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah(darjat demi darjat di dalam syurga).sesungguhnya tempat(kedudukan)kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca’.(hadith riwayat Ahmad,Tirmizi,Abu Daud,Nasai,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sohihnya).
Hazrat Abdullah bin Mas’ud Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,``Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH S.W.T maka untuknya diberikan satu `hasanah’(kebaikan)sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala.Aku tidak berkata `الم ‘(alif,lam,mim)sebagai satu huruf tetapi `ا’(alif)adalah satu huruf,`ل’(lam)adalah satu huruf,dan `م’(mim)adalah satu huruf.”(hadith riwayat Tirmizi).
Hazrat Ali Radiallahuanhu berkata bahawa Rasullullah S.A.W. bersabda,``Sesiapa membaca Al-Quran lalu menghafalkannya dan menghalalkan apa-apa yang halal di dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram di dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh ALLAH S.W.T. dan ALLAH S.W.T. akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli rumahnya yang kesemua telah wajib memasuki neraka”.(hadith riwayat tirmizi dan ahmad)
Hazrat Abdullah bin Umar radiallahuanhuma meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W. bersabda,``Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.”Baginda S.A.W. ditanya,``ya Rasullullah,apakah penggilapnya?’’Rasullullah S.A.W. bersabda,``Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”(hadith riwayat Baihaqi).

