Sunday, April 12, 2009

Marah itu dari syaitan....

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:”ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar ketika itu nabi duduk di sebelahnya.

Nabi diam sahaja,begitu juga abu bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun,abu bakar membalas makian itu,tetapi Rasulullah S.A.W bangun dan terus beredar dari situ,Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad S.A.W sambil berkata:”ya rasulullah,dia memaki saya dan engkau pula diam.ketika saya menjawab maki hamun itu,tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah S.A.W lantas menjawab:”sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu ketika engkau diam,tetapi ketika kamu membalas makian itu,maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah S.A.W kemudian bersabda lagi:``Allah akan memuliakan hambanya ketika sedang dianiaya lalu memberi kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah.”
Abu Said Al-Khudri pula berkata:Rasulullah S.A.W ada bersabda:`` awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak adam.’’

``maka sesiapa berasakan marah ketika berdiri,hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia baring.”

Abu Hurairah Al-Bahili berkata bahawa rasulullah pernah bersabda``sesiapa pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar maka Allah akan mengisi dalam hatinya dengan keredaan pada hari kiamat.”