Tuesday, September 29, 2009
lapan pada yang mematikan hati...
• Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu.
• Membaca quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.
• Mencintai nabi tetapi mengabaikan sunnahnya.
• Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.
• Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya
• Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat.
• Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh.
• Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.
dosa si pengumpat...
Mengenai dosa dan kesalahan mengumpat,Saidina Ali Abu Talib meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:”jauhilah kamu sekalian daripada ghibah(mengumpat)kerana sesungguhnya dalan ghibah itu ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan,kebaikannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah.” Abu Hurairah pula meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:”barang siapa selama dalam hidupnya pernah sekali saja mengumpat,maka Allah akan menyeksanya dengan seksaan iaitu:
· Dia menjadi jauh daripada rahmat Allah
· Malaikat memutuskan persahabatan dan tidak mahu menghampirinya
· Dia menjadi dekat dengan neraka
· Dia menjadi jauh dari syurga
· Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya.
· Amal baiknya dihapuskan
· Roh Nabi Muhammad berasa sakit kerana dia.
· Allah murka terhadapnya
· Dia akan menjadi orang muflis selepas ditimbang amal kebajikannya pada hari kiamat.
