Thursday, October 1, 2009

Seribu kemaafan


Seandainya ada segala salah dan silap secara sedar atau di luar batas sedar yang telah saya lakukan selama persahabatan kita buat sahabat-sahabat saya dan yang mengenali diri saya ini..

Makanya pada syawal yang mulia ini saya dengan penuh kerendahan hati menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..zahir dan batinnya..

Di atas segala salah, silap dan khilaf itu…harap di maafkan.

Semoga Allah menjauhkan kita dari kesedihan lampau serta kesedihan yang akan datang..

Amiin..

Eid Mubarak.

Rahsia puasa

Jagalah beberapa perkara ini bagi memaksimakan pencapaian darjat puasa kita di sisi Allah….

1. GHADDUL BASAR

Menundukkan pandangan


2. HIFZUL LISAN

Menjaga lisan


3. KAFFUS SAMI’

Menjaga pendengaran


4. KAFFU BAQIYYATIL JAWAARIH

Menjaga anggota badan yang lain


5. ALQASDU FIL IFTHAR

Sederhana dalam berbuka


6. ALQALBU BAINA RAJA’ WAL KHAUF

Hati penuh pengharapan dan takut kepada Allah


Semoga dikurniakan darjat puasa yang tertinggi..

Tuesday, September 29, 2009

lapan pada yang mematikan hati...

Mengikut Ibrahim Bin Adham,lapan perkara yang mematikan hati:

• Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu.


• Membaca quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.


• Mencintai nabi tetapi mengabaikan sunnahnya.


• Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.


• Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya


• Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat.


• Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh.


• Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.

dosa si pengumpat...

Mengenai dosa dan kesalahan mengumpat,Saidina Ali Abu Talib meriwayatkan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:”jauhilah kamu sekalian daripada ghibah(mengumpat)kerana sesungguhnya dalan ghibah itu ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan,kebaikannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah.” Abu Hurairah pula meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:”barang siapa selama dalam hidupnya pernah sekali saja mengumpat,maka Allah akan menyeksanya dengan seksaan iaitu:


· Dia menjadi jauh daripada rahmat Allah


· Malaikat memutuskan persahabatan dan tidak mahu menghampirinya


· Dia menjadi dekat dengan neraka


· Dia menjadi jauh dari syurga


· Sangat dahsyat seksaan kubur terhadapnya.


· Amal baiknya dihapuskan


· Roh Nabi Muhammad berasa sakit kerana dia.


· Allah murka terhadapnya


· Dia akan menjadi orang muflis selepas ditimbang amal kebajikannya pada hari kiamat.


Sehubungan dengan itu Al-Hassan Ali pula meriwayatkan bahawa kifarat mengumpat ialah dengan meminta ampun terhadap orang yang diumpat.