''Tujuh golongan yang ALLAH S.W.T akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan hanya naungan daripada ALLAH S.W.T kelak ialah...:
- Imam yang adil
- Pemuda yang membesar dengan beribadah pada ALLAH S.W.T.
- Insan yang hatinya terpaut pada masjid.
- Dua insan yang saling berkasih-sayang semata-mata kerana ALLAH S.W.T.,mereka bertemu dan berpisah kerana ALLAH S.W.T.
- Insan yang diajak atau digoda oleh wanita yang berpangkat dan jelita lalu ia berkata''Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH''
- Insan yang bersedekah secara sembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
- Insan yang mengasihi ALLAH secara bersendirian lalu berlinangan air matanya.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

No comments:
Post a Comment